Tuesday, March 15, 2016
TUGASAN 2 INDIVIDU SADE 1013
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN* TAJUK TUGASAN ** HURAIKAN DENGAN TERPERINCI TENTANG INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA
DISEDIAKAN UNTUK ENCIK SHAHROL AMAN BIN AHMAD
INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Sektor pelancongan merupakan sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Industri pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan telah dikenalpasti sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. Industri ini juga menjadi sumber utama tukaran asing, yang menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pelaburan dan guna tenaga serta mengukuhkan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran. Pentingnya pelancongan telah diakui oleh negara maju dan juga negara membangun. Hakikat ini dapat dilihat pada penubuhan jabatan pelancongan oleh kerajaan, rancangan penggalakan dan pembiayaan projek pelancongan yang meluas, dan pertumbuhan perniagaan kecil dan perbadanan multinasional yang turut memberikan sumbangan di samping mendapat faedah daripada kegiatan pelancongan itu.
Umumnya orang bersikap optimis bahawa pelancongan boleh dijadikan sebagai suatu ejen yang berpengaruh terhadap perubahan ekonomi dan juga sosial. Sesungguhnya pula pelancongan telah menambahkan peluang pekerjaan dan pelaburan, mengubah corak penggunaan tanah dan struktur ekonomi, dan memberikan sumbangan yang positif kepada imbangan pembayaran di beberapa banyak negara di seluruh dunia. Pelancongan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dari dulu lagi industri pelancongan telah menjadi nadi penggerak ekonomi beberapa buah negara. Dalam era globalisasi masa kini, banyak negara dunia berlumba-lumba memajukan industri pelancongan untuk tukaran wang asing yang lumayan. Malah banyak negara yang menggalakkan pelancongan dalam negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi di sekitar industri pelancongan.
2.0 INDUSTRI PELANCONGAN
2.1 DEFINISI INDUSTRI PELANCONGAN
Mungkin ada baiknya sebelum mempelajari dalam bidang pelancongan, terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan “industri pelancongan”.
Subscribe to:
Posts (Atom)